Wednesday, January 19, 2011

Jodoh, takdir dan ketentuan ~

Semalam kita ditakdirkan untuk bersama, tapi ketentuan NYA memisahkan kita kesokkan harinya, hari ini kita dijodohkan kembali, dan esok kita masih ditakdirkan bersama, tapi adakah ketentuan NYA masih bersama kita lusa ? allahualam ~


Hari ini kita bergelak ketawa bersama bagaikan tiada lagi hari esok, esok, kita berduka menangis sedangkan kita terlampau gembira semalam, apa yang ditakdirkan hari ini adakah akan dijodohkan kekal keesokkan harinya ? hanya NYA yang menentukan,


Jodoh, takdir, dan ketentuan sentiasa bergilir dalam kehidupan kita, kita hanya mampu merancang dan berdoa untuk ditakdirkan bersama sedangkan tuhan yang menentukan jodoh seseorang itu, kita mungkin tidak dijodohkan dengan seseorang itu walaupun kita ditakdirkan akan menyayangi seseorang itu sepenuh hati kita, ape yang dijodohkan kepada kita hari ini sudah menjadi suratan takdir kita, mungkin ketentuan NYA tidak berpihak kepada kita,  janganlah kita berpaling pada NYA kerana hanya NYA yang tahu ape yang terbaik untuk ditentukan menjadi jodoh dan menjadi suratan takdir kita,


Ya Allah SWT ~ aku berdoa dan berharap aku ditentukan untuk ditakdirkan bersama "Dia" dan menjodohkan kami berdua untuk bersama sehinggalah akhirnya kau memanggilku untuk kembali kepada tanah dan kembali kepadamu, dan jika sebaliknya yang ditentukan kepada aku, kuatkan dan tabahkan lah diriku pada masa itu nanti, kerana tanpa kuasa darimu ya Allah SWT, aku takkan mempunyai kekuatan untuk kehilangan "Dia", Aku terlampau sayangkan "Dia", Aminnnn ~ Assalammualaikum (:

1 comment: