Wednesday, November 17, 2010

Happy Eidul Adha ~ :)


Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Ingatlah wahai saudara sekalian, sedang kita bersuka pada hari ini , ada di antara saudara kita yang sedang berduka, Akibat daripada bencana alam dan penindasan yang dilakukan oleh mereka yang bukan beragama Islam terhadap umat Islam. Tahun ini juga mungkin tahun yang pertama di kalangan saudara kita untuk menyambut Hari Raya Haji sebagai anak yatim, dan piatu, Marilah kita berdoa agar tuhan mencucuri rahmat mereka yang telah terkorban ketika menuju ke jalan Allah s.w.t dan menempatkan mereka di samping NYA. Amin :)


Most off the article was taken from Encylopedia (;~
~ Assalammualaikummm ~



No comments:

Post a Comment