Saturday, June 18, 2011

Dah Puas ke ? (:

Assalammualaikum Wbt (:

Sejak aku duduk Melaka ni aku banyak termenung, berfikir, mgelamun sendiri tak tentu pasal, Mungkin sebelum ni aku tak berpeluang kot tuk wat semua tu, al maklumlah sebelum ni aku lebih banyak huha huha sana sini kan, Sejak aku kat Melaka ni, tak banyaklah kan yang aku leh wat berbanding masa aku ada bersama kawan kawan aku, tak cukup mase kitorang kerja kan, tak cukup hari ini, esok kitorang sambung lagi, hee, tapi, PUAS ke ?



Hidup ni umpama roda yang berpusing, bercabang kanan kiri macam kat KL, macam makan ikan masak sweetsour, kadang2 kita rasa manis kadang kte rasa masam, itulah warna warni KEHIDUPAN (:

Macam tak faham kan apa kaitan sume tu dengan tajuk post aku kali ni ? Sejak kita merengek lahir melihat dunia hingga sekarang, macam-macam perubahan, pengalaman dan cerita tentang kehidupan kita dah lalui, beratus ribu pilihan kita dah buat, bermacam keputusan kte dah lakukan, setakat ni korang puas ke dengan keputusan korang ?

Setiap pilihan yang kita dah buat akan membawa kita ke jalan jalan yang berbeza, sama ada kita pilih kanan yang membawa kita ke kejayaan atau kiri yang membawa kita ke kegagalan, kita yang pilih (: kita hanya merancang dan hanya NYA yang menentukan, tu sume takdir qada' dan qadar, aku faham, aku bukan nak mempersoalkan hukum hakam NYA,
                         
 Tapi . . . . .

Dulu . . .
Orang selalu ingatkan aku, jangan mainkan hati dan perasaan kaum hawa nanti kena kat kita semula, Aku lah kasanova aku lah playboy, perempuan sana sini aku kejar, dah dapat trofi kemenangan aku tinggalkan,
Kini . . .
Aku lah hamba cinta dan sampai sekarang aku merana kerananya, aku ke mangsa hukum karma ? Ya ALLAH aku merayu, aku dah menyesal,

Dulu . . .
Masa kecik kecik dulu, mama aku selalu pesan jangan isap rokok, nanti takot jatuh cinta kat 'benda' lain pula,
Kini . . .
Aku mula belajar tuk jatuh cinta pada 'benda' lain, kalaulah aku dengar pesanan mama aku ?

Dulu . . .
Sebelum STPM, Masa aku sekolah dulu mama aku selalu pesan suruh belajar rajin2 jangan sambil lewa, baca buku, buat kerja rumah, mama mengingatkan aku lagi bukan mama nak bebel tapi mama nak tengok anak mama berjaya, berjaya tak semestinya kaya asalkan Haziq ada kerjaya dan keluarga, alhamdullilah,
Kini . . .
Selepas STPM, aku mengadu, aku mampu buat yang lebih baik kalaulah aku DENGAR cakap mama aku dari awal mesti result aku tak seteruk ni, tapi ?

Kalau nak ditulis satu satu penyesalan yang aku dah buat memang makan puluhan tahun lah kot baru seap entry aku kali ni, hee,
Walaupapepun setiap yang dah berlaku tetap sudah berlalu, setiap yang baik akan ada yang lebih baik pada masa hadapan, sekali dua tiga kali atau ratusan kali pilihan yang salah kita dah buat tidak akan berganti tapi ingat kita masih berpeluang tuk wat sesuatu dengan pilihan yang menduga kita akan datang, jadi, make your choice wisely kay ? good luck !


"Mungkin korang ingin melakar sebuah pelangi yang cantik, Mungkin ada juga yang ingin melukis sebuah cerita dongeng yang indah, samada korang dah puas atau belum dengan pilihan yang korang dah buat selama ni, kita sama sama pikir pikirkan lah yea ? " ^,^




No comments:

Post a Comment